Soalan-soalan lazim

1.           Siapakah yang layak memohon saham khas Bumiputera?

 

          Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

 

          Individu

          - Warganegara Malaysia;

          - Berstatus Bumiputera;

          - Berumur 18 tahun ke atas; dan

          - Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

 

          Nota:

          - Pelajar adalah tidak layak memohon.

 

          Syarikat

          - Syarikat Sendirian Berhad sahaja;

          - Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;

          - Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;

          - Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;

          - Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;

          - Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk   

            pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan

          - Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

 

          Koperasi/Yayasan

          - Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95%

            Bumiputera; dan

 -  Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

 

          Nota:

          - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

 

2.           Apakah dokumen-dokumen berkaitan untuk memohon saham khas Bumiputera

 

Individu

-      Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);

-      Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;

-      Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan

disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan

-      Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan.

-   Salinan Kad Pengenalan/Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas (Disahkan)


 

          Syarikat

-      Mengisi borang IND/SP-QP07-L03 secara atas talian (on-line);

-      Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan

            disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank;

-      Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);

-      Laporan Kewangan Tahunan/Audited Account yang TERKINI disahkan

oleh Juru Audit Bertauliah; dan

Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi melanggan saham;

 

          Koperasi

-      Mengisi borang IND/SP-QP07-L04 secara atas talian (on-line);

-      Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank;

-      Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);

-      Laporan Kewangan Tahunan/Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah; dan

-      Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga bagi melanggan saham;

         

3.           Bagaimanakah cara memohon Saham Khas Bumiputera?

 

  Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui laman web MITI (http://sahamonline.miti.gov.my).

 

 

4.           Apakah prosedur-prosedur untuk melanggan saham khas Bumiputera? 

  

Permohonan saham khas Bumiputera

-              Pelabur MITI boleh membuat permohonan secara atas talian (on-line)

-              Selepas menyatakan niat untuk memohon saham, pelabur dikehendaki mencetak

       borang permohonan langganan saham dan menyertakan dokumen berkaitan

-             Pelabur perlu mencetak borang permohonan dan menghantar dokumen berkaitan

       secara pos atau tangan kepada:

 

Pengarah

Seksyen Saham dan Ekuiti

Bahagian Keusahawanan Bumiputera dan PKS

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Aras 5, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

50480 KUALA LUMPUR

 

          Nota:

          - permohonan melalui emel atau faks tidak akan diterima (ditolak).

5.           Bagaimanakah pemohon boleh melanggan saham khas Bumiputera?

 

        Makluman mengenai peruntukan saham khas Bumiputera akan dipaparkan dalam web

        MITI (http://sahamonline.miti.gov.my) dari semasa ke semasa.       

 

6.           Bagaimanakah pemohon boleh mengetahui keputusan peruntukan saham khas Bumiputera yang diluluskan oleh MITI?

 

         Sila layari laman web miti (http://sahamonline.miti.gov.my) dari semasa ke semasa selepas 30 hari atau 40 hari waktu bekerja dari tarikh tutup permohonan. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima.

 

7.           Adakah anak syarikat milik kerajaan negeri layak memohon peruntukan saham khas Bumiputera?

 

        Ya. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

 

 

 

8.       Berapakah unit saham yang boleh dipohon? Ada had maksima dan minima?

        Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 1,000 unit sahaja, manakala tiada

        had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak

        MITI.

9.      Kenapa penyata kewangan sangat penting? Kalau tiada duit dalam akaun, adakah

        permohonan akan ditolak?

 

        Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat membuktikan  penyata/sumber

        kewangan yang mencukupi untuk melanggan saham yang dipohon.

10.       Sekiranya pemohonan adalah individu, bolehkah suami/isteri dan anak-anak juga memohon?

 

         Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI

 

 

 

11.    Sekiranya pemohon bekerja dan dalam masa yang sama belajar di IPT, adakah pemohon layak memohon saham khas Bumiputera?

 

    Pelajar sepenuh masa sama ada di sekolah atau IPTA/IPTS/Universiti Luar Negara adalah tidak layak memohon saham khas Bumiputera di bawah peruntukan MITI. Walau bagaimanapun, pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap dan belajar secara separuh masa adalah layak memohon dengan syarat pemohon perlu mengemukakan bukti bahawa pemohon mempunyai pekerjaan tetap dan surat dari universiti yang menyatakan pemohon merupakan pelajar separuh masa di universiti tersebut semasa mengemukakan permohonan.

 

 

 

12.       Adakah benar bahawa salah satu daripada kriteria untuk syarikat Bumiputera yang layak untuk permohonan saham khas Bumiputera adalah bahawa syarikat itu mesti menyediakan bukti aset bersih bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta atau bagi individu, aset bernilai sekurang-kurangnya RM3 juta? Adakah ini masih terpakai ke atas peruntukan saham khas yang dikeluarkan oleh MITI?

 

Di bawah peruntukan MITI IPO saham khas Bumiputera, pemohon tidak perlu membuktikan mempunyai aset bersih bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta bagi syarikat atau RM3 juta bagi seorang individu selagi pemohon boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai wang yang mencukupi dalam akaun bank untuk melanggan sekurang-kurangnya 1,000 unit saham. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah mematuhinya jika kriteria di atas telah dinyatakan oleh MITI semasa tawaran IPO saham khas Bumiputera.