SOALAN LAZIM
Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Individu
- * Warganegara Malaysia;
- * Berstatus Bumiputera;
- * Berumur 18 tahun ke atas; dan
- * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang- kurangnya RM1,000.
**Nota: Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
- * Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
- * Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
- * Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
- * Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
- * Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
- * Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham/ahli lembaga pengarah;
- * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi;
- * Bukan syarikat yang memegang Lesen Import Approved Permit (AP).
Koperasi
- * Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
- * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Yayasan
- * Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
- * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
**Nota: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak berdaftar dengan Kerajaan adalah tidak layak memohon
- * MITI merujuk “Bumiputera” sebagai warganegara Malaysia yang tergolong dalam kategori - kategori di bawah:
- 1. “Orang Asli” dan “Orang Melayu”
- 2. Anak Negeri Sarawak
- 3. Anak Negeri Sabah
- 4. Siam
- * Keturunan Portugis, Thai, Baba Melaka, India Muslim, Eurasian, Indonesia dan semua bangsa lain yang bukan Melayu (i.e. masuk Islam) tidak dianggap sebagai Bumiputera.
Individu
* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima; ATAU
* Salinan penyata ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan TERKINI (secara dalam talian atau di cawangan ASNB); ATAU
* Salinan penyata Fixed Deposit 6 bulan TERKINI; ATAU
* Salinan penyata Tabung Haji 6 bulan TERKINI; dan
* Surat kebenaran Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan).
- Syarikat
* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Cetakan TERKINI 6 muka surat maklumat syarikat daripada SSM. (maklumat asas/ modal/ pemegang saham/ pengarah/ gadaian/ kewangan) (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan);
* Penyata Caruman KWSP (majikan & pekerja)disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah; dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk melanggan saham.
- Koperasi
* Mengisi permohonan secara atas talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Sijil Pendaftaran Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Senarai Keahlian yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Undang-undang Kecil Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan); dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.
Yayasan
* Mengisi permohonan secara atas talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Sijil Pendaftaran Pertubuhan;
* Senarai Ahli Lembaga; dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.
1) Langkah-langkah mendaftar sebagai pelabur MITI:
- Daftar melalui sahamonline.miti.gov.my dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pendaftaran Syarikat / Nombor Pendaftaran Koperasi / Yayasan / Pertubuhan sebagai ‘ID Pengguna’.
- Sila layari laman "Log Masuk" atau klik pautan berikut https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login
- Sila tekan pautan Daftar Pelabur
- Pilih Jenis Pelabur sama ada individu, syarikat, koperasi atau yayasan
- Isi maklumat di dalam Borang Pendaftaran Pelabur dan muatnaik dokumen yang diperlukan > Tanda √ Kotak Pengakuan > Tekan Hantar. Anda adalah dinasihatkan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat peribadi / organisasi adalah tepat sebelum menghantar permohonan pendaftaran. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan saham.
- Notifikasi pendaftaran sedang proses akan dihantar ke email yang didaftarkan
- Sila semak email bagi mendapat ID dan Kata Laluan Sementara selepas pendaftaran berjaya. Proses semakan pendaftaran adalah 5 hari bekerja.
- Layari portal untuk maklumat saham yang ditawarkan iaitu www.miti.gov.my > Our Services > Bumiputera > Bumiputera Special Shares atau terus ke laman web https://sahamonline.miti.gov.my/
Permohonan Saham Khas Bumiputera
Pelabur MITI perlu membuat permohonan secara dalam talian (online);
**Nota: Tiada lagi penghantaran borang ke Menara MITI.
Cara-cara memohon saham melalui Sistem Saham Online
- Log masuk ke dalam sistem saham online menggunakan ID (no kad pengenalan / no SSM / no. pendaftaran koperasi / yayasan) dan Kata Laluan
- Bagi mendapatkan maklumat saham yang ditawarkan, sila layari MAKLUMAT SAHAM
- Sila tekan butang MOHON
- Sila isi MODAL (RM) iaitu jumlah tunai yang dapat dibuktikan dengan dokumen sokongan dan isi jumlah unit saham yang ingin dipohon (minimum 3000 unit)
- Sila muat naik dokumen sokongan i.e.: Penyata Bank, penyata ASB/ASN/ASD/ASW, Tabung Haji atau apa-apa bukti kewangan yang berkaitan
- Sila muat naik Surat Kebenaran Ketua Jabatan sekiranya pelabur bekerja dengan Kerajaan
- Sila Tekan kotak sekiranya pelabur mempunyai pendapatan tahunan berjumlah RM300,000 dan mohon untuk memuat naik sesalinan Borang EA
- Sila muat naik penyata Akaun CDS yang terkini (Sila pastikan penyata Akaun CDS yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan)
- Sila tekan butang Pengakuan (Pastikan segala maklumat adalah tepat dan terkini)
- Sila tekan butang Hantar.
**Nota: Pindaan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan.
i) Keputusan akan dihebahkan melalui laman web (http://sahamonline.miti.gov.my) selepas 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Namun, ianya tertakluk kepada sebarang pindaan.
ii) Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima.
Layak. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 3,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen penyata sumber kewangan untuk menunjukkan kemampuan yang mencukupi bagi melanggan unit saham yang dipohon.
Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
* Pelajar sepenuh masa sama ada di sekolah atau IPTA/IPTS/Universiti Luar Negara adalah tidak layak memohon Saham Khas Bumiputera di bawah peruntukan MITI.
* Walau bagaimanapun, pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap dan belajar secara separuh masa adalah layak memohon dengan mengemukakan surat pengesahan dari universiti.
Pemohon mestilah mematuhinya jika kriteria di atas telah dinyatakan oleh MITI semasa tawaran IPO saham khas Bumiputera.
- Apakah Sistem Depositori Pusat (CDS)?
- CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.
-
- Mengapakah saya perlu membuka akaun CDS?
- Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti (contohnya, bon, saham pinjaman, waran dan sebagainya) yang telah dinyatakan di dalam CDS.
-
- Bagaimana saya boleh membuka akaun CDS?
- Anda boleh membuka akaun CDS dengan mana-mana Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA). Semua syarikat pembrokeran di Malaysia pada masa ini adalah ADA. Jika anda adalah pelabur individu, anda boleh memilih sendiri ADA dan:
- Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
- Bagi rakyat Malaysia, hantarkan dokumen bersama-sama dua (2) salinan Kad Pengenalan anda yang telah disahkan. Bagi warga asing, anda perlu membayar yuran Pembukaan Akaun dan menghantar dua (2) salinan pasport anda yang telah disahkan.
-
Jika anda adalah pelabur korporat, anda perlulah:
- Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
- Hantarkan dokumen di atas dengan dua (2) salinan semua dokumen sokongan yang diperlukan (contohnya Sijil Pengkorportan, Resolusi Lembaga Pengarah dan sebagainya) bersama-sama dengan yuran Pembukaan Akaun.
-
ADA anda kemudiannya akan membuka akaun CDS dan memberikan anda nombor akaun CDS. Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan menghantar kepada anda notis pengesahan pembukaan akaun melalui pos.
(sumber: https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/cds)
Setiap penyata akaun CDS telah diaktifkan katalaluan bagi tujuan keselamatan dan privasi. Walaubagaimana pun, sekiranya pemohon hendak membuat permohonan saham hendaklah menyahaktifkan katalaluan tersebut untuk memudahkan pihak MITI membuat penilaian permohonan tuan/puan.
Sila tonton video berkenaan untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyahaktif katalaluan penyata akaun CDS.